Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Dis 2010. - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini memerintahkan penulis novel terkenal, Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah membayar nafkah anaknya sebanyak RM400 sebulan selepas meluluskan tuntutan balas oleh bekas isteri penulis itu, Shahilah Mat Nazir.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam keputusannya itu turut menolak permohonan asal Ahadiat untuk mengubah perintah mahkamah sebelum ini yang menetapkan dia membayar RM300 sebulan kepada anak mereka, Aishah yang kini berusia 14 tahun.
Ahadiat diperintahkan membayar nafkah tersebut kepada akaun bank milik Shahilah selaku defendan atau Aishah bermula pada bulan ini.
Menurut Wan Mahyuddin, beliau berpuas hati dengan keterangan defendan yang menyatakan bahawa Ahadiat selaku plaintif merupakan seorang yang berkemampuan.
''Mahkamah bersetuju walaupun plaintif seorang yang muflis tetapi dia masih bebas menjalani kehidupan seperti biasa.
''Keterangan defendan mengenai plaintif yang masih menggunakan kereta mewah selepas dia diisytiharkan muflis pada 1998 juga tidak disangkal oleh plaintif,'' kata beliau.
Berhubung penyakit gout yang dialami plaintif, menurut hakim tersebut, ia tidaklah di tahap kritikal sehingga dia terlantar di hospital setiap masa dan menyebabkannya tidak mampu memperoleh pendapatan.
Selain itu, mahkamah turut mengambil kira keterangan defendan mengenai penulis mendapat pendapatan menerusi bayaran royalti bukunya yang diulang cetak berikutan permintaan ramai setelah novel terkenalnya, Lagenda Budak Setan diadaptasi kepada filem pada tahun ini.
Ahadiat yang diwakili peguam syarie, Mostadza Halimi hadir bersama isterinya, Norhayati Mohd. Fauzi.
Shahilah yang diwakili peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin pula hadir bersama suami barunya.
Ahadiat, 44, dan Shahilah, 39, bernikah pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000.
Novelis itu kemudian berkahwin pula dengan Norhayati, 31, pada 13 Ogos 2000 dan memperoleh tiga anak.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, January 25, 2010
Thursday, January 21, 2010
Friday, January 15, 2010
Sunday, November 8, 2009
Monday, November 2, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Monday, October 26, 2009
Sunday, June 28, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Wednesday, September 10, 2008
Wednesday, July 30, 2008
Saturday, June 21, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)